Wednesday, June 29, 2011

Pesta Buku Selangor 2011

Jom semua
Mri kita kunjungi Pesta Buku Selangor 2011.
Banyak acara telah disediakan. Jangan lepaskan peluang ini!

Monday, March 22, 2010

Latar Belakang Dunia Almira


Ramai yang tertanya-tanya siapakah watak utama kanak-kanak comel dalam DUNIA ALMIRA...

Ia sungguh dekat dengan saya...

Sungguh sebati dengan hidup saya...

Ia umpama layaran telatah puteri-puteri saya serta zaman saya berserta kakak dan adik perempuan saya membesar dahulu...

Ia berulang dalam dimensi cerita yang berbeza...


watak anak sulung ALMIRA: saya adun mewakili nama anak pertama saya dan kedua yang mempunya permulaan nama AMEERAH...


watak anak kedua AZYAN: saya wakilkan nama anak kedua yang juga mempunyai nama Ameerah juga tetapi saya gabungkan dengan kedua puteri saya itu yang bermula dengan pangkal huruf Z.


watak anak ketiga AWADAH: saya petik daripada nama anak ketiga yang mempunyai nama kedua MAWADDAH.


lakaran 3 watak utama ini saya imaginasikan menggabungkan ketiga-tiga puteri saya yang sungguh istimewa dan tidak lekang-lekang dengan pertanyaan dan imaginasi.


Kebanyakan senario yang saya garap dalam koleksi DUNIA ALMIRA berkisarkan telatah spontan puteri-puteri saya serta pengalaman saya ketika kecil dulu.


Benar dunia kanak-kanak sangat indah dan penuh warna-warni.

Luahan hati saya mengenai kanak-kanak terkandung dalam segmen prakata dalam buku DUNIA ALMIRA


Saya percaya bukan hanya Almira dan adik-adiknya kreatif, inovatif dan penuh keterujaan dalam melayari hidup nan indah ini. Tetapi semua kanak-kanak di dunia ini yang suci, bersih dan putih tanpa noda dan dosa.

Marilah kita berkongsi keceriaan Almira dan adik-adiknya dalam Dunia Almira.


Selamat membeli dan membaca.


Sebarang komentar amat saya hargai dalam memperbaiki garapan saya di masa hadapan.

Sunday, August 9, 2009

Program Mahabbah 09 Kolej UTM International Setapak








Puteri-puteri saya sudah lama menyimpan hasrat untuk menunggang kuda. Alhamdulillah Sabtu hari itu (8 Ogos 2009) hasrat mereka tercapai. Tengok tu!!!!!!!! Senyuman kegembiraan mereka tak putus-putus terukir.
Wajah mereka memang girang benar...
Alhamdulillah


Sunday, May 24, 2009

Puteri 3 kini 2 tahun













24 Mei datang lagi
Rasa macam baru sangat Mawaddah dalam kandungan mama
Kini sudah 2 tahun
Moga Mawaddah menjadi anak yang solehah
serta kuat semangat dalam menghadapi dugaan yang mendatang
Ingatlah puteriku bahawa sesungguhnya hidup ini adalah suatu perjuangan





Operasi Membedakkan Rumah




Kenapa wanita sering dikaitkan dengan bedak, powder?
Bukan sahaja wanita
Malah girl jugak
Lihat sahaja gambar di atas...
Itulah gambar puteri 3 saya
Gambar adalah pada Ramadhan 1430
Sehari sebelum saya membuat majlis berbuka puasa untuk adik beradik suami
hai habis bedak sebotol
dan habis umah berdebu
Nasib baik mama tak kena asthma

Thursday, April 23, 2009

Lagi Kisah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 17-26 April 2009

















Inilah majalah dan buku yang dipilih oleh puteri-puteri di Pameran Buku tempohari... Tak banyak sangat kerana biasanya mereka akan dapat buku atau majalah setiap kali saya atau suami ke kedai buku. Alhamdulillah.

Tuesday, April 21, 2009

Sejarah yang berulang


Pernahkah kita bertanya pada diri apabila perkara yang sama berulang berlaku dalam hidup kita?

Apakah puncanya?

Apakah kita tidak belajar dari kesilapan dan pengalaman?


Sudah tentu saya pernah bertanya soalan ini pada diri saya.

Contohnya apabila saya terlupa lokasi cermin mata spare saya

atau apabila saya terlupa lokasi kunci rumah

atau apabila saya menyedari bicara saya telah melukai hati seseorang

atau apabila saya melakukan kesalahan yang sama untuk diri saya


Coretan kali ini sudah tentu mengenai puteri-puteri saya

Pada 8 April 2009 yang lalu, benarlah sejarah telah berulang kali

jika dulu ia berlaku kepada saya ketika saya tinggal di Tawau, Sabah; saya tak pasti umur saya secara spesifik waktu itu. Mungkin juga 4 atau 3 tahun. Saya terjatuh di longkang... hehehehe saya memang ligat dan nakal sewaktu kecil, berlari dan mengemas (hehehe menyepahkan rumah) tak kira masa..Emm terpaksalah saya menerima beberapa jahitan di bawah dagu dan kesan jahitan itu dapat dilihat sehingga sekarang. Kerana luka saya yang sedikit itu, sudah tentu saya tidak menangis ketika jururawat mencuci luka dan saya dijadikan contoh kepada kanak-kanak yang lain di wad tersebut... heheheh sikit sahaja, sebab tu tak menangis. Jika besar luka tu, tak tahulah pula.

Perwatakan itu diwarisi oleh puteri-puteri saya.

Maka tatkala saya membebel mengenai hal ini, pasti emak dan abah akan bilang bahawa mereka mewarisi sifat keletah saya dulu....


Ops... pada tarikh yang saya telah nyatakan tadi, puteri sulung saya tiba-tiba jatuh di muka pintu dan mengalami koyakan yang besar di bawah duka.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8 malam ( saya baru saja pulang dari kelas)... Entah mengapa malam itu, tiga puteri saya terlalu aktif dan bermain ke hulu hilir tanpa henti... Sudahnya itu yang berlaku.

Tidak sempat saya menyudahkan suapan makan malam saya, kami semua berlima ke klinik Balkis berdekatan dengan rumah.

Sah doktor bertugas mengarahkan supaya luka ini dijahit.

Saya memang tiada masalah...

Namun puteri sulung saya yang telah berada di tadika 6 yeras old itu nampaknya berat hati untuk mengizinkan dirinya dijahit.

Pelbagai alasan dan bantahan diberikan dalam Bahasa melayu yang tepat susunan bahasa dan sebutannya. Dalam hati saya mula berbicara sendiri:

"Wah! sudah besar rupanya anak aku. Hebat berkata-kata,"

Terima kasih kepada para guru di Tadika Uni An-Najihin dan Little Caliph yang telah mendidik anak saya selama ini tanpa sebarang rasa jemu dan letih.

Lama juga sesi memujuk yang terpaksa saya dan suami lakukan. Mujur juga doktor itu sangat penyabar orangnya.

Malam itu akhirnya operasi menjahit luka di bawah dagu puteri sulung saya selamat dilakukan. Alhamdulillah dan sembilan hari selepas itu, jahitan telah selamat dibuka dan meninggalkan parut yang sama seperti saya.


Nah! percaya tak sejarah telah berulang...