Thursday, April 23, 2009

Lagi Kisah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 17-26 April 2009

















Inilah majalah dan buku yang dipilih oleh puteri-puteri di Pameran Buku tempohari... Tak banyak sangat kerana biasanya mereka akan dapat buku atau majalah setiap kali saya atau suami ke kedai buku. Alhamdulillah.

Tuesday, April 21, 2009

Sejarah yang berulang


Pernahkah kita bertanya pada diri apabila perkara yang sama berulang berlaku dalam hidup kita?

Apakah puncanya?

Apakah kita tidak belajar dari kesilapan dan pengalaman?


Sudah tentu saya pernah bertanya soalan ini pada diri saya.

Contohnya apabila saya terlupa lokasi cermin mata spare saya

atau apabila saya terlupa lokasi kunci rumah

atau apabila saya menyedari bicara saya telah melukai hati seseorang

atau apabila saya melakukan kesalahan yang sama untuk diri saya


Coretan kali ini sudah tentu mengenai puteri-puteri saya

Pada 8 April 2009 yang lalu, benarlah sejarah telah berulang kali

jika dulu ia berlaku kepada saya ketika saya tinggal di Tawau, Sabah; saya tak pasti umur saya secara spesifik waktu itu. Mungkin juga 4 atau 3 tahun. Saya terjatuh di longkang... hehehehe saya memang ligat dan nakal sewaktu kecil, berlari dan mengemas (hehehe menyepahkan rumah) tak kira masa..Emm terpaksalah saya menerima beberapa jahitan di bawah dagu dan kesan jahitan itu dapat dilihat sehingga sekarang. Kerana luka saya yang sedikit itu, sudah tentu saya tidak menangis ketika jururawat mencuci luka dan saya dijadikan contoh kepada kanak-kanak yang lain di wad tersebut... heheheh sikit sahaja, sebab tu tak menangis. Jika besar luka tu, tak tahulah pula.

Perwatakan itu diwarisi oleh puteri-puteri saya.

Maka tatkala saya membebel mengenai hal ini, pasti emak dan abah akan bilang bahawa mereka mewarisi sifat keletah saya dulu....


Ops... pada tarikh yang saya telah nyatakan tadi, puteri sulung saya tiba-tiba jatuh di muka pintu dan mengalami koyakan yang besar di bawah duka.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8 malam ( saya baru saja pulang dari kelas)... Entah mengapa malam itu, tiga puteri saya terlalu aktif dan bermain ke hulu hilir tanpa henti... Sudahnya itu yang berlaku.

Tidak sempat saya menyudahkan suapan makan malam saya, kami semua berlima ke klinik Balkis berdekatan dengan rumah.

Sah doktor bertugas mengarahkan supaya luka ini dijahit.

Saya memang tiada masalah...

Namun puteri sulung saya yang telah berada di tadika 6 yeras old itu nampaknya berat hati untuk mengizinkan dirinya dijahit.

Pelbagai alasan dan bantahan diberikan dalam Bahasa melayu yang tepat susunan bahasa dan sebutannya. Dalam hati saya mula berbicara sendiri:

"Wah! sudah besar rupanya anak aku. Hebat berkata-kata,"

Terima kasih kepada para guru di Tadika Uni An-Najihin dan Little Caliph yang telah mendidik anak saya selama ini tanpa sebarang rasa jemu dan letih.

Lama juga sesi memujuk yang terpaksa saya dan suami lakukan. Mujur juga doktor itu sangat penyabar orangnya.

Malam itu akhirnya operasi menjahit luka di bawah dagu puteri sulung saya selamat dilakukan. Alhamdulillah dan sembilan hari selepas itu, jahitan telah selamat dibuka dan meninggalkan parut yang sama seperti saya.


Nah! percaya tak sejarah telah berulang...



Saturday, April 18, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 17-26 April 2009






Gambar puteri-puteri mama di Pesta Buku Antarabangsa..

Hehehehe letih!

Jangan serik ya puteri-puteriku

Lagi gambar di sini