Monday, December 29, 2008

Pemilihan antara Putera Yang Empat
KUALA PILAH 28 Dis. – Pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru berbeza dengan cara pemilihan pengganti raja dan sultan di negeri-negeri di Semenanjung.
Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.
“Dari keempat-empat mereka ini, seorang akan dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru. Kaedah pemilihan ini dibuat oleh Undang Yang Empat,” kata Tiang Kerajaan (Pakar Rujuk Adat Perpatih) kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, 69.
Persidangan yang diadakan pada pukul 3 petang di Istana Besar Seri Menanti dan pengumuman dijangka dibuat esok sebelum jenazah Almarhum dimakamkan.
Khalid berkata, pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar ini adalah mengikut adat yang diucap dan dipakai seperti kata adat “Yamtuan Mangkat, Yamtuan Menanam”, begitu juga dengan “Undang Mangkat”, Undang Menanam” yang bermaksud mengumumkan pengganti Yang Dipertuan Besar Negari Sembilan sebelum Almarhum disemadikan.
Cara pelantikan ini dipakai mengikut Adat Perpatih dari dahulu hingga selama-lamanya.
Beliau berkata, kemangkatan Almarhum Tuanku Ja’afar telah dimaklumkan kepada Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin oleh Datuk-Datuk Lembaga Yang Empat Luak Ulu Muar iaitu Datuk Paduka Besar, Datuk Seri Maharaja, Datuk Senara Muda dan Datuk Orang Kaya Bongsu.
“Kemudian Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin akan menziarahi jenazah Almarhum baginda, setelah itu mereka akan mengadakan rundingan secara tertutup bagi memilih bakal Yang Dipertuan Besar Negeri yang baru,” katanya.
Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat asar. Tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari sejak semalam.
– Bernama


Dipetik daripada: Utusan malaysia Online

Thursday, September 18, 2008



Why is it the sentence is like this? Is it true?

Is it precise? Is it accurate?

Only I beleive that this world and anyone close to us or someone that we love and also all our belonging are only a temporary.

Friday, August 29, 2008

Today is 30 August 2008.
gosh... guess what?
i couldnt beleive that last night, I arrived home at 9.20 p.m.
First, i used the kuala lumpur gate to use the Tol Jalan Duta.
But wow... nearly 8.00 pm, I still did not pass the TNB office.
Lucliky, I knew that TNB has their own Balai Islam.
Alhamdulillah...........
I performed my Solat Maghrib there.
I cancelled my intetion to use the route through Tol Jalan Duta.
I followed Tol Damansara using the short cut route through Jalan Pantai and Jalan Turi.
Still jammed because there are cars damaged on the fly over.
because of my astigmatisme, I couldnt see the view clearly.
I have to drive carefully with preventing my eyes from seeing the light's car.

Alhamdulillah the lane is very clear after I passed Tol Damansara.
I am very gratefull to Allah as I managed to arrive at home savely.

To myself and my family.
Happy Independent Day.
happy fasting

Sunday, August 24, 2008




21 Ogos 2008....
tarikh 21 Ogos datang lagi dalam kalendar.
Mesti lah kan...
takkanlah tarikh tu hilang daripada kalendar.
Guess what?
Apakah maknanya tarikh itu dalam hidupku...
Tarikh lahir mengikut bulan masihi....
Kali ini suamiku yang tercinta membuat kejutan....
Thanx a lot wahai suami yang ku cintai kerana Allah s.w.t.
Dalam kesibukan dia bekerja...
Aku memang tak dapat mengagak dia telah plan untuk membawa aku dan anak-anak ke tempat percutian yang ada kenangan dalam hubungan kami berdua...
Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang.....
Di tempat inilah dulu, aku dan 2 orang officemate aku serta ramai lagi kakitangan KKM menjalani kursus induksi.
Malahan di tempat ini jugalah, aku dan suami menyambut ulang tahun kelahiran aku yang pertama selepas kami diijabkabulkan.

Terima kasih wahai suami
Begitu juga dengan hadiah hari lahir yang sungguh istimewa.
Aku memang sudah lama teringin untuk mengubah citarasa
Cuma belum ada keberanian untuk mengubah penampilan.
heheheheh


Monday, January 14, 2008

Resipi Dadih Chef Liieeza

Emmm...............
Selama ini jika meninjau-ninjau di pasar malam Saujana Utama
Antara makanan sihat yang pasti anak-anak ku beli ialah dadih...
Mengikut warna kegemaran mereka
Biasa kak long akan beli dadih berwarna 'purple'
Kak Ngah akan cari warna p'ink' atau 'green'
Mama dan papa pasti akan tumpang sama habiskan sebab mereka biasanya tak akan licinkan c'up' dadih tu....
Bebudak lah katakan.....

Anyway
Aku ada berita yang lebih baik untuk diriku serta keluarga
heheheheheh.....
Cara untuk menghasilkan 'home-made' dadih.....
Resipi ini diperolehi daripada kakak iparku yang memang 'power' memasak
Aku memang tak dapat lawan lah...
Insya Allah jadi
Rasa memang sedap.....
Boleh kata....peti ais asyik dibuka sampai licin dadih tu :)
Warna dan aksesori dadih....bergantung kepada favourite masing-masing
Resipi ini aku panggil 'Resipi Dadih Chef Liieeza'
Walaupun menurut kakak iparku, dia pun dapat daripada orang lain....
Hehehehe

Bahan-bahannya:

a)1 plastik agar-agar (kepingan) 25g
b)1 bungkus coffeemate 250g
c)perasa/ flavour (ikut kesukaaan masing-masing: anakku kaklong suka jagung)
d) 1 tin jagung manis (ditambah jika aku buat dadih jagung: tapi 'not compulsory')
e) 3 'cup' dadih gula pasir
f) 25 'cup' dadih air
g) 1 tin susu cair

Proses penghasilannya pula:

1-Bahan a dimasak bersama f sehingga hancur dan menggelegak
2-Tambahkan e : masak sehingga hancur
3-Masukkan c, d dan g : masak sebenatar sehingga rata.
p/s: jangan lupa kacau tau!!!!!!
4-Sejukkan sedikit dan sudah boleh dibekaskan....
Kemudian jangan lupa sejukkan di dalam peti ais.

Senang saja kan!!!!
Hubby dan anak-anak memang suka.
Kira sekarang dadih dah jadi 'ready stock' di peti ais....
Balik 'office' sahaja dah boleh makan....
Sementara tunggu makanan berat dimasak.
Almaklumlah bekerja di kawasan metropolitan
Almost 7 p.m baru sampai ke teratakku
Rutin harian yang memenatkan
Tapi hatiku akan jadi gembira if aku dapat buat kerja lebih banyak dari semalam....
Kepenatan itu hilang...menjadi satu kegembiraan....
Mudah-mudahan Allah s.w.t akan sentiasa menetapkan hatiku untuk bekerja dengan ikhlas dan jujur kerana-NYA.

Selamat mencuba resipi ini...
Kepada sesiapa yang melayari blog ini..
Aku akan cuba cari resipi menarik untuk dikongsikan

Wallahualam

p/s: Insya Allah one day aku akan masukkan gambar dadih tu
heheheh

Tuesday, January 8, 2008

Awal Muharam Yang Dinanti

1 Muharam detik permulaan....
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

puas dah cuba ingat lirik nasyid ni...
lupa dah ayat keduanya.
Nasyid nilah yang aku nyanyikan (bersama kumpulan nasyid yang diketuai oleh kakak sulungku) sewaktu dalam tahun 1986....
lama dah tu
zaman bebudak, 21 tahun lepas....

Maghrib ini, 1 Muharam 1429 akan menjelma.
Detik yang dinanti...
Permulaan tahun hijrah yang baru....
Yang diharapkan menjadi detik pelaksanaan segala azam baru aku
Mudah-mudahan

Wahai diri yang mudah lena dalam kemewahan dan keindahan serta kesibukan dunia
Bangkitlah segera
Hidup ini bukannya lama
Indahkan dan penuhkanlah dengan amalan, keimanan dan ketakwaan
Ceriakan dengan senyuman dan keindahan peribadi
Maniskanlah dengan kata-kata yang tinggi nilainya


Marilah kita sama-sama memikirkan ayat-ayat di bawah (aku petik dari kata-kata seorang sahabat yang jauh dari tanahairnya)
'UNTUK MENGECAPI HIDUP YANG CERIA, KITA PERLU MENJADI SEORANG YANG CERIA TERLEBIH DAHULU'

p/s: nasihat kepada diri: 'SENYUM SEINDAH SURIA, PASTI MENGGEMBIRAN DIRI DAN SESIAPA YANG MENYEDARI'

30 Zulhijjah 1428
bersamaan 9 Januari 2008.