Monday, January 14, 2008

Resipi Dadih Chef Liieeza

Emmm...............
Selama ini jika meninjau-ninjau di pasar malam Saujana Utama
Antara makanan sihat yang pasti anak-anak ku beli ialah dadih...
Mengikut warna kegemaran mereka
Biasa kak long akan beli dadih berwarna 'purple'
Kak Ngah akan cari warna p'ink' atau 'green'
Mama dan papa pasti akan tumpang sama habiskan sebab mereka biasanya tak akan licinkan c'up' dadih tu....
Bebudak lah katakan.....

Anyway
Aku ada berita yang lebih baik untuk diriku serta keluarga
heheheheheh.....
Cara untuk menghasilkan 'home-made' dadih.....
Resipi ini diperolehi daripada kakak iparku yang memang 'power' memasak
Aku memang tak dapat lawan lah...
Insya Allah jadi
Rasa memang sedap.....
Boleh kata....peti ais asyik dibuka sampai licin dadih tu :)
Warna dan aksesori dadih....bergantung kepada favourite masing-masing
Resipi ini aku panggil 'Resipi Dadih Chef Liieeza'
Walaupun menurut kakak iparku, dia pun dapat daripada orang lain....
Hehehehe

Bahan-bahannya:

a)1 plastik agar-agar (kepingan) 25g
b)1 bungkus coffeemate 250g
c)perasa/ flavour (ikut kesukaaan masing-masing: anakku kaklong suka jagung)
d) 1 tin jagung manis (ditambah jika aku buat dadih jagung: tapi 'not compulsory')
e) 3 'cup' dadih gula pasir
f) 25 'cup' dadih air
g) 1 tin susu cair

Proses penghasilannya pula:

1-Bahan a dimasak bersama f sehingga hancur dan menggelegak
2-Tambahkan e : masak sehingga hancur
3-Masukkan c, d dan g : masak sebenatar sehingga rata.
p/s: jangan lupa kacau tau!!!!!!
4-Sejukkan sedikit dan sudah boleh dibekaskan....
Kemudian jangan lupa sejukkan di dalam peti ais.

Senang saja kan!!!!
Hubby dan anak-anak memang suka.
Kira sekarang dadih dah jadi 'ready stock' di peti ais....
Balik 'office' sahaja dah boleh makan....
Sementara tunggu makanan berat dimasak.
Almaklumlah bekerja di kawasan metropolitan
Almost 7 p.m baru sampai ke teratakku
Rutin harian yang memenatkan
Tapi hatiku akan jadi gembira if aku dapat buat kerja lebih banyak dari semalam....
Kepenatan itu hilang...menjadi satu kegembiraan....
Mudah-mudahan Allah s.w.t akan sentiasa menetapkan hatiku untuk bekerja dengan ikhlas dan jujur kerana-NYA.

Selamat mencuba resipi ini...
Kepada sesiapa yang melayari blog ini..
Aku akan cuba cari resipi menarik untuk dikongsikan

Wallahualam

p/s: Insya Allah one day aku akan masukkan gambar dadih tu
heheheh

4 comments:

Sharifah Norizan Syed A Kadir said...

sala zakiah.. pah nih.... sedap nyer dadih.. anak2 pah memang suka.. selalu pah buat yg ready made jek

tapi kali ni bole try resepi zakiah nih

tq

zakiah said...

Terima kasih Pah kerana sudi menjenguk ke laman saya yang serba sederhana.

Buat sendiri lebih terjamin kualitinya kerana kita sendiri yang menentukan bahan mentah yang kita gunakan... Contohnya daripada segi agar-agar sendiri...

Namun zakiah pernah beli juga ready made yang dikilangkan oleh syarikat bumiputera. ok juga

Kak Iyma said...

salam.pe khabr? syukran lah krana brkongsi resepi. sya brada di Mesir, msih bljr. jadi cara sgt mudah, dan nk dptkan bhan2 yg serupa ni insyaAllah ada di sni. pas ni bolhlah niaga kcil2an dijual kat pljr sni lbih2 lagi kat pljr Medic Alex. Syukran byk2. Islam 4 all.

zakiah said...

Cik Lyma
terima kasih kerana sudi singgah
saya n famil sihat2 saje
harap2 cik lyma dan adik2 student yg lain pun sama jugak
mmg cara ni agak mudah
bagus juga berniaga tu
mudah2an dipmudahkan ALLAH sentiasa