Sunday, August 24, 2008




21 Ogos 2008....
tarikh 21 Ogos datang lagi dalam kalendar.
Mesti lah kan...
takkanlah tarikh tu hilang daripada kalendar.
Guess what?
Apakah maknanya tarikh itu dalam hidupku...
Tarikh lahir mengikut bulan masihi....
Kali ini suamiku yang tercinta membuat kejutan....
Thanx a lot wahai suami yang ku cintai kerana Allah s.w.t.
Dalam kesibukan dia bekerja...
Aku memang tak dapat mengagak dia telah plan untuk membawa aku dan anak-anak ke tempat percutian yang ada kenangan dalam hubungan kami berdua...
Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang.....
Di tempat inilah dulu, aku dan 2 orang officemate aku serta ramai lagi kakitangan KKM menjalani kursus induksi.
Malahan di tempat ini jugalah, aku dan suami menyambut ulang tahun kelahiran aku yang pertama selepas kami diijabkabulkan.

Terima kasih wahai suami
Begitu juga dengan hadiah hari lahir yang sungguh istimewa.
Aku memang sudah lama teringin untuk mengubah citarasa
Cuma belum ada keberanian untuk mengubah penampilan.
heheheheh


No comments: