Monday, January 14, 2008

Resipi Dadih Chef Liieeza

Emmm...............
Selama ini jika meninjau-ninjau di pasar malam Saujana Utama
Antara makanan sihat yang pasti anak-anak ku beli ialah dadih...
Mengikut warna kegemaran mereka
Biasa kak long akan beli dadih berwarna 'purple'
Kak Ngah akan cari warna p'ink' atau 'green'
Mama dan papa pasti akan tumpang sama habiskan sebab mereka biasanya tak akan licinkan c'up' dadih tu....
Bebudak lah katakan.....

Anyway
Aku ada berita yang lebih baik untuk diriku serta keluarga
heheheheheh.....
Cara untuk menghasilkan 'home-made' dadih.....
Resipi ini diperolehi daripada kakak iparku yang memang 'power' memasak
Aku memang tak dapat lawan lah...
Insya Allah jadi
Rasa memang sedap.....
Boleh kata....peti ais asyik dibuka sampai licin dadih tu :)
Warna dan aksesori dadih....bergantung kepada favourite masing-masing
Resipi ini aku panggil 'Resipi Dadih Chef Liieeza'
Walaupun menurut kakak iparku, dia pun dapat daripada orang lain....
Hehehehe

Bahan-bahannya:

a)1 plastik agar-agar (kepingan) 25g
b)1 bungkus coffeemate 250g
c)perasa/ flavour (ikut kesukaaan masing-masing: anakku kaklong suka jagung)
d) 1 tin jagung manis (ditambah jika aku buat dadih jagung: tapi 'not compulsory')
e) 3 'cup' dadih gula pasir
f) 25 'cup' dadih air
g) 1 tin susu cair

Proses penghasilannya pula:

1-Bahan a dimasak bersama f sehingga hancur dan menggelegak
2-Tambahkan e : masak sehingga hancur
3-Masukkan c, d dan g : masak sebenatar sehingga rata.
p/s: jangan lupa kacau tau!!!!!!
4-Sejukkan sedikit dan sudah boleh dibekaskan....
Kemudian jangan lupa sejukkan di dalam peti ais.

Senang saja kan!!!!
Hubby dan anak-anak memang suka.
Kira sekarang dadih dah jadi 'ready stock' di peti ais....
Balik 'office' sahaja dah boleh makan....
Sementara tunggu makanan berat dimasak.
Almaklumlah bekerja di kawasan metropolitan
Almost 7 p.m baru sampai ke teratakku
Rutin harian yang memenatkan
Tapi hatiku akan jadi gembira if aku dapat buat kerja lebih banyak dari semalam....
Kepenatan itu hilang...menjadi satu kegembiraan....
Mudah-mudahan Allah s.w.t akan sentiasa menetapkan hatiku untuk bekerja dengan ikhlas dan jujur kerana-NYA.

Selamat mencuba resipi ini...
Kepada sesiapa yang melayari blog ini..
Aku akan cuba cari resipi menarik untuk dikongsikan

Wallahualam

p/s: Insya Allah one day aku akan masukkan gambar dadih tu
heheheh

Tuesday, January 8, 2008

Awal Muharam Yang Dinanti

1 Muharam detik permulaan....
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

puas dah cuba ingat lirik nasyid ni...
lupa dah ayat keduanya.
Nasyid nilah yang aku nyanyikan (bersama kumpulan nasyid yang diketuai oleh kakak sulungku) sewaktu dalam tahun 1986....
lama dah tu
zaman bebudak, 21 tahun lepas....

Maghrib ini, 1 Muharam 1429 akan menjelma.
Detik yang dinanti...
Permulaan tahun hijrah yang baru....
Yang diharapkan menjadi detik pelaksanaan segala azam baru aku
Mudah-mudahan

Wahai diri yang mudah lena dalam kemewahan dan keindahan serta kesibukan dunia
Bangkitlah segera
Hidup ini bukannya lama
Indahkan dan penuhkanlah dengan amalan, keimanan dan ketakwaan
Ceriakan dengan senyuman dan keindahan peribadi
Maniskanlah dengan kata-kata yang tinggi nilainya


Marilah kita sama-sama memikirkan ayat-ayat di bawah (aku petik dari kata-kata seorang sahabat yang jauh dari tanahairnya)
'UNTUK MENGECAPI HIDUP YANG CERIA, KITA PERLU MENJADI SEORANG YANG CERIA TERLEBIH DAHULU'

p/s: nasihat kepada diri: 'SENYUM SEINDAH SURIA, PASTI MENGGEMBIRAN DIRI DAN SESIAPA YANG MENYEDARI'

30 Zulhijjah 1428
bersamaan 9 Januari 2008.